Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(2)
Lembaga boleh memilih mana-mana ahli Majlis untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.
(3)
Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
(4)
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
(5)
Seseorang ahli jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Lembaga.
(6)
Mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa dari semasa ke semasa oleh Lembaga dan Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan atau membubarkan jawatankuasa.
(7)
Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi menasihati jawatankuasa mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(8)
Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu pada masa dan di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
18
Undang-Undang Malaysia
Akta 868
(9)
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya—
(a)
minit mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
(b)
salinan minit mesyuaratnya dikemukakan kepada Lembaga dengan seberapa segera yang boleh praktik.
(10)
Jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri dan hendaklah membuat pelaporan yang sewajarnya kepada Lembaga.
(11)
Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (7) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis melalui suatu ketetapan undi majoriti biasa ahli yang hadir dan mengundi dalam mesyuarat agung.