Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(2)
Kumpulan Wang Majlis Media Malaysia hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini;
(b)
semua wang yang diperoleh daripada fi yang dikutip, pengendalian mana-mana projek atau skim yang dibiayai daripada Kumpulan Wang Majlis Media Malaysia;
(c)
semua wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, gadai janji, pajakan, penyewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh atau terletak hak pada Majlis;
20
Undang-Undang Malaysia
Akta 868
(d)
wang yang diterima oleh Majlis melalui pemberian atau derma yang diterima secara sah oleh Majlis; dan
(e)
kesemua jumlah wang dan harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Majlis berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya.
(3)
Bagi maksud perenggan (2)(a), bagi apa-apa tempoh Majlis menerima peruntukan apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini, Akta Badan Berkanun
(Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Majlis.
(4)
Majlis tidak boleh menerima apa-apa dana asing.
(5)
Walau apa pun subseksyen (4), Majlis boleh menerima dana asing tanpa apa-apa syarat daripada mana-mana individu atau pertubuhan asing bagi maksud untuk menggalakkan kesedaran dan memberikan pendidikan berhubung dengan industri media, tertakluk pada kelulusan Menteri.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada
Kumpulan Wang Majlis Media Malaysia