Malaysia legislation

Section 5

of AKTA MAJLIS MEDIA MALAYSIA 2025

Seksyen 5

(a)

untuk menetapkan standard dan mengadakan tatalaku bagi pengamal media dan pengamal media bebas mengikut standard kewartawanan yang beretika dan bertanggungjawab;

10

Undang-Undang Malaysia

Akta 868

(b)

untuk menggalakkan standard kewartawanan yang beretika dan bertanggungjawab yang tertinggi, kebebasan media dan hak pengamal media;

(c)

untuk mengawal selia etika dan tatalaku profesional pengamal media dan pengamal media bebas;

(d)

untuk menggalakkan komunikasi antara pengamal media,

Kerajaan dan orang awam;

(e)

untuk mencadangkan apa-apa pembaharuan undang-undang yang berhubungan dengan kebebasan media;

(f)

untuk memudahkan dan menyelaras perkara berkaitan dengan latihan, pembangunan kapasiti dan pembangunan profesional wartawan dan pertubuhan media dalam kalangan ahli Majlis;

(g)

untuk menubuhkan, menguruskan dan menyenggara suatu pangkalan data yang mengandungi maklumat pengamal media dan pengamal media bebas bagi tujuan pengumpulan data dan statistik, untuk pembangunan berterusan industri media dan kewartawanan;

(h)

untuk menentukan apa-apa mekanisme ketidakpuasan hati dan prosiding tatatertib terhadap ahli Majlis; dan

(i)

untuk melakukan apa-apa perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi Majlis di bawah Akta ini selaras dengan maksud Akta ini.

(2)

Fungsi Majlis di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan oleh Lembaga tertakluk pada ketetapan yang diluluskan dari semasa ke semasa oleh Majlis dalam mesyuarat agung.

Kuasa Majlis