Malaysia legislation

Section 10

of AKTA PERKHIDMATAN PARLIMEN 2025

Seksyen 10

(2)

Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh melantik mana-mana anggota Perkhidmatan Parlimen untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3)

Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(4)

Jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh Majlis Perkhidmatan

Parlimen.

(5)

Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu pada masa dan tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa.

(6)

Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa untuk menasihati jawatankuasa mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.

(7)

Jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 869