Malaysia legislation

Section 21

of AKTA KEWANGAN 2025

Seksyen 21

Peruntukan khas yang berhubungan dengan seksyen 7

Walau apa pun subseksyen 7(4) Akta ibu, apa-apa amaun kerugian yang boleh dibenarkan bagi tahun taksiran 2025 dan tahun-tahun taksiran sebelumnya yang tidak dipotong menurut subseksyen 7(4) Akta ibu bagi tahun taksiran 2025 boleh diambil

Kewangan 17

kira bagi maksud potongan di bawah perenggan 7(4)(b) Akta ibu bagi tahun taksiran 2026 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya hingga tahun taksiran 2035 dan apa-apa amaun yang tidak dipotong menurut perenggan 7(4)(b) Akta ibu selepas berakhirnya tahun taksiran 2035 tidak diambil kira bagi maksud Akta ibu.

Section 21 — AKTA KEWANGAN 2025 | mylaw.my