Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Seksyen 24 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (7a) dengan subseksyen yang berikut:
“(7a) Apa-apa jumlah lebihan berkenaan dengan cukai yang kena dibayar bagi suatu tahun taksiran
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 874
yang kena dibayar balik kepada seseorang di bawah subseksyen (1) boleh digunakan oleh Ketua Pengarah bagi bayaran—
(a)
apa-apa amaun cukai lain yang genap masa dan kena dibayar (termasuk apa-apa amaun ansuran yang genap masa dan kena dibayar) oleh orang itu di bawah Akta ini,
Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Petroleum
(Cukai Pendapatan) 1967 [Akta 543] atau
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990
[Akta 445]; atau
(b)
apa-apa amaun duti lain yang genap masa dan kena dibayar oleh orang itu di bawah
Akta Setem 1949 [Akta 378].”; dan
(b)
dalam subseksyen (7b), dengan menggantikan perkataan
“subseksyen 111(4a) Akta Cukai Pendapatan 1967 atau subseksyen 50(4) Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967”
dengan perkataan “subseksyen 80c(1) Akta Setem 1949, subseksyen 111(4a) Akta Cukai Pendapatan 1967, subseksyen 50(4) Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967
atau subseksyen 12(2) Akta Cukai Aktiviti Perniagaan
Labuan 1990”.