Malaysia legislation

Section 32

of AKTA KEWANGAN 2025

Seksyen 32

Pindaan seksyen 12

(a)

dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula itu subseksyen yang berikut:

“(2)  Apa-apa jumlah lebihan berkenaan dengan cukai yang kena dibayar bagi suatu tahun taksiran yang kena dibayar balik kepada entiti Labuan di bawah subseksyen (1) boleh digunakan oleh Ketua Pengarah bagi bayaran—

(a)

apa-apa amaun cukai lain yang genap masa dan kena dibayar (termasuk apa-apa amaun ansuran yang genap masa dan kena dibayar)

oleh entiti Labuan itu di bawah Akta ini,

Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Petroleum

(Cukai Pendapatan) 1967 [Akta 543]

atau Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

[Akta 169]; atau

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 874

(b)

apa-apa amaun duti lain yang genap masa dan kena dibayar oleh entiti Labuan itu di bawah

Akta Setem 1949 [Akta 378].

(3)

Jika amaun lebihan berkenaan dengan suatu entiti Labuan ditentukan mengikut subseksyen 80c(1)

Akta Setem 1949, subseksyen 111(4a) Akta Cukai

Pendapatan 1967, subseksyen 50(4) Akta Petroleum

(Cukai Pendapatan) 1967 atau subseksyen 24(7a)

Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, lebihan itu hendaklah digunakan bagi pembayaran cukai yang genap masa dan kena dibayar (termasuk apa-apa amaun ansuran yang genap masa dan kena dibayar) oleh entiti Labuan itu di bawah Akta ini.”.