Malaysia legislation
Section 5
of Akta 401
Seksyen 5
Bagi mengelakkan keraguan adalah ditetapkan bahawa seksyen 3 Akta Institut Penyelidikan Getah Malaya (Perluasan dan Pindaan) 1972 hendaklah ditafsirkan sebagai juga terpakai berkenaan dengan tajuk ringkas Akta Institut Penyelidikan Getah Malaya 1966 dan bahawa apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen pada atau selepas 1hb September 1973 mengenai Akta Institut Penyelidikan Getah Malaya 1966 dengan tajuk ringkasnya hendaklah digantikan sewajarnya dengan sebutan mengenai Akta Institut Penyelidikan Getah Malaysia 1966