Malaysia legislation

Section 22

of Akta 663

Seksyen 22

(2)

Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Badan dan hendaklah terdiri daripada—

(a)

kesemua atau mana-mana bahagian caj penyenggaraan bagi bangunan itu yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada Badan di bawah Akta ini;

(b)

segala wang yang didapati daripada penjualan, pelupusan, pajakan atau penyewaan, atau apa-apa urusan lain dengan, mana-mana harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau diperoleh oleh Badan;

(c)

segala wang lain dan harta yang boleh mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Badan itu berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya; dan

(d)

segala wang lain yang diterima dengan sah oleh Badan, termasuk bunga, derma dan amanah.

28

Undang-Undang Malaysia

Akta 663

(3)

Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan hendaklah digunakan semata-mata bagi maksud—

(a)

memastikan bahawa harta bersama bangunan berada dalam keadaan yang baik dan menyenggarakan harta bersama itu;

(b)

membayar perbelanjaan yang dilakukan dalam menyediakan perkhidmatan pembersihan bagi harta bersama itu, perkhidmatan keselamatan dan kemudahan bagi penghuni bangunan itu;

(c)

membayar apa-apa premium bagi insurans bangunan itu terhadap kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran dan risiko lain;

(d)

menjalankan pemeriksaan berkala ke atas keselamatan bangunan itu mengikut cara yang dinyatakan dalam dan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

[Akta 133];

(e)

pembersihan premis termasuklah mengecat kapur, mengecat warna atau mengecat harta bersama;

(f)

menjalankan pemeriksaan segala sistem pendawaian elektrik harta bersama itu dan menggantikan mana-mana sistem pendawaian yang rosak, jika ada;

(g)

menjalankan pemeriksaan, penyenggaraan dan pembaikan tangki air utama;

(h)

membayar sewa dan kadar, jika ada;

(i)

membayar apa-apa fi yang dilakukan bagi pengauditan

Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan;

(j)

membayar segala caj yang semunasabahnya dilakukan bagi pentadbiran Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya;

(k)

membayar saraan atau fi ejen pengurusan yang dilantik di bawah seksyen 25;

(l)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Badan itu;

(m)

membayar elaun dan perbelanjaan lain anggota Badan dan anggota Jawatankuasa mengikut apa-apa kadar yang diluluskan oleh Pesuruhjaya;

Bangunan dan Harta Bersama

(Penyenggaraan dan Pengurusan)

(n)

membayar apa-apa perbelanjaan, kos atau belanja berhubung dengan pemerolehan barang-barang atau perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengambilan kerja pakar runding, fi atau kos guaman dan fi dan kos lain, yang dilakukan dengan sewajarnya atau diterima oleh

Badan dalam pelaksanaan fungsi Badan dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;

(o)

membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, mengambil tanah dan apa-apa aset, dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam pelaksanaan fungsi Badan dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;

(p)

membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini; dan

(q)

melakukan pada amnya segala perkara yang perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, jika Badan belum ditubuhkan, sebutan mengenai “Badan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pemaju”.

Pembeli hendaklah membayar caj penyenggaraan