Malaysia legislation

Section 8

of Akta 663

Seksyen 8

(a)

untuk menyenggarakan harta bersama dengan sempurna dan menjaga harta bersama itu dalam keadaan yang baik dan pembaikan yang dapat digunakan;

(b)

untuk menentukan dan mengenakan caj yang perlu bagi pembaikan dan penyenggaraan harta bersama dengan sempurna;

(c)

untuk menginsuranskan dan terus menginsuranskan bangunan itu sebanyak nilai gantian bangunan itu terhadap kebakaran dan apa-apa risiko lain sebagaimana yang ditentukan oleh Badan;

(d)

untuk menggunakan wang insurans yang diterima oleh

Badan berkenaan dengan kerosakan kepada bangunan itu bagi bangunan itu dibina semula dan dipulihkan;

(e)

untuk mematuhi apa-apa notis atau perintah yang diberikan atau yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pihak berkuasa awam yang berwibawa yang menghendaki pemberhentian apa-apa kacau ganggu pada harta bersama, atau yang memerintahkan kerja pembaikan atau kerja lain yang kena dilakukan berkenaan dengan harta bersama itu atau pembaikan lain kepada harta itu;

(f)

untuk menyediakan dan menyenggarakan suatu daftar kesemua pembeli bangunan itu;

(g)

untuk memastikan bahawa Kumpulan Wang Penyenggaraan

Bangunan diauditkan dan untuk menyediakan penyata kewangan yang teraudit untuk makluman kepada pembeli;

(h)

untuk menguatkuasakan kaedah-kaedah dalaman bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan dengan sempurna;

dan

(i)

untuk melakukan apa-apa perkara lain yang suai manfaat atau perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan itu dengan sempurna.

Bangunan dan Harta Bersama

(Penyenggaraan dan Pengurusan)

(2)

Kuasa Badan hendaklah termasuk yang berikut:

(a)

untuk mengutip daripada pembeli caj penyenggaraan dan pengurusan berkadaran dengan unit syer yang diuntukkan bagi petak mereka masing-masing;

(b)

untuk membenarkan perbelanjaan bagi menjalankan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama;

(c)

untuk mendapatkan kembali daripada mana-mana pembeli apa-apa jumlah wang yang dibelanjakan oleh Badan berkenaan dengan petak itu dalam mematuhi apa-apa notis atau perintah sebagaimana yang disebut di bawah perenggan (1)(e);

(d)

untuk membeli, menyewa atau selainnya memperoleh harta alih atau harta tak alih bagi kegunaan oleh pembeli berkaitan dengan penikmatan harta bersama mereka;

(e)

untuk mengatur dan mendapatkan perkhidmatan mana-mana orang atau ejen untuk mengusahakan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bangunan itu;

(f)

untuk membuat kaedah-kaedah dalaman bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan itu dengan sempurna; dan

(g)

untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan tugasnya di bawah Akta ini.

(3)

Badan hendaklah disifatkan—

(a)

bagi maksud mengambil apa-apa insurans di bawah perenggan (1)(c), mempunyai kepentingan boleh insurans dalam bangunan itu yang sama dengan nilai gantiannya atau apa-apa nilai sebagaimana yang ditentukan oleh

Badan; dan

(b)

bagi maksud mengambil apa-apa insurans di bawah perenggan (1)(d), mempunyai kepentingan boleh insurans dalam hal perkara insurans itu.

(4)

Jika Badan melakukan apa-apa perbelanjaan atau melaksanakan apa-apa pembaikan, kerja atau perbuatan yang dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah Bahagian ini dilakukan atau berbangkit daripada penyampaian kepada Badan, apa-apa notis atau perintah oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, dan perbelanjaan atau

18

Undang-Undang Malaysia

Akta 663

pembaikan, kerja atau perbuatan itu adalah atau dijadikan perlu oleh sebab apa-apa perbuatan sengaja atau cuai atau peninggalan pada pihak, atau pelanggaran mana-mana peruntukan undang-undang kecilnya oleh, mana-mana pembeli atau penyewanya, penerima pajak, pemegang lesen atau jemputan, amaun perbelanjaan itu yang dibelanjakan oleh Badan dalam melaksanakan pembaikan, kerja atau perbuatan itu boleh didapatkan kembali oleh Badan daripada pembeli itu.

(5)

Keluasan seksyen ini tidaklah menjejaskan mana-mana peruntukan lain dalam Bahagian ini yang memberikan kuasa kepada atau mengenakan tugas ke atas Badan.

Mesyuarat agung tahunan