Seksyen 2
Lelongan ini akan dijalankan pada hari Isnin 26 Mei 2008 jam 9.30 pagi.
/akn/my-11/state_gazette/unknown/tggn011y2008/no-533
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Adalah diberitahu kepada orang ramai iaitu Pejabat Tanah, Besut akan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 533, currently marked in force.
Lelongan ini akan dijalankan pada hari Isnin 26 Mei 2008 jam 9.30 pagi.
Kenyataan Tanah:
Suratan Hakmilik
—
Pajakan Mukim 60 tahun.
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
22hb Mei 2008]
589
00
00
00
00
00
Sementara
00
Jumlah:
00
Dalam tempoh dua tahun daripada tarikh diberimilik atau di dalam satu tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Pentadbir Tanah, Besut hendaklah didirikan dan disiapkan dengan sempurna bangunan kediaman mengikut pelan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan.
Tanah ini tidak dibenarkan pindahmilik dan dipajak dalam tempoh 10 tahun daripada ianya diberimilik.
Tanah ini tidak dibenarkan gadai dalam tempoh 10 tahun daripada ianya diberimilik kecuali bagi tujuan pinjaman mendirikan rumah di atas tanah tersebut sahaja setelah mendapat kebenaran Pentadbir
Tanah, Besut.
Selepas tempoh (i) dan (ii) di atas, tanah ini tidak dibenarkan pindahmilik, digadai atau dipajak kecuali mendapat kebenaran
Pentadbir Tanah, Besut.
Lelongan ini hendaklah dibuka kepada Orang Melayu sahaja mengikut taksiran di bawah Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-orang Melayu 1360H.
Syarat-syarat melelong adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam
Peraturan 26, Peraturan Tanah Terengganu, tahun 1966 seperti berikut:
Pentadbir Tanah Daerah berhak membatal atau menangguhkan jualan itu pada bila-bila masa sebelum diterima tawaran daripada penyambut-penyambut lelong.
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
590
[22hb Mei 2008
Penyambut yang tinggi sekali itulah yang menjadi pembeli, asalkan tawarannya itu sama dengan atau lebih tinggi daripada harga khas.
Sebaik-baik sahaja tawarannya diterima maka hendaklah pembeli itu membayar cengkeram wang tunai kepada Pentadbir Tanah Daerah sebanyak dua puluh lima peratus (25%) daripada harga yang disambutnya bersekali dengan bayaran-bayaran tambahan yang tersebut di dalam perenggan 3
di atas dan sekiranya tidak disempurnakan sedemikian, tanah-tanah ini hendaklah dilelong semula dengan serta-merta.
Wang pembelian itu hendaklah dijelaskan oleh pembeli sebelum berakhir urusan jual beli pada hari yang keseratus dua puluh (120) daripada hari jualan tanah yang dibelinya itu dan dengan yang demikian selesai dan putusnya pembeliannya. Jika sekiranya tidak dibayar dengan sepenuhnya seperti yang tersebut itu maka hilanglah wang cengkeramnya, dapat kepada
Pihak Yang Berkuasa Negeri dan pembeli yang mungkir itu hilanglah segala tuntutannya kepada tanah itu atau sebarang bahagian daripada wang harganya sekiranya tanah itu dijual kemudian dengan sebab mungkirnya itu.
Surat-surat Milik Penyudah hendaklah didaftarkan dan dikeluarkan dengan seberapa segera setelah habis jualan itu. Jika tanah itu belum diukur oleh
Ketua Juruukur maka hendaklah dikeluarkan keterangan Hakmilik
Sementara.
Hendaklah diberimilik dengan serta-merta selepas sahaja didaftarkan Surat
Keterangan Milik Kekal atau keterangan Hakmilik Sementara.
Sesiapa yang hendak melihat pelan atau mengetahui lebih lanjut berkenaan tanah-tanah yang tersebut hendaklah datang ke Pejabat Tanah, Besut pada waktu pejabat dibuka.
PEJABAT TANAH BESUT.
Bertarikh 17 April 2008
MOHD. ISKANDAR BIN MUHAMMAD AZIZ
[PTG. Tr. 01/15/2007/0062]
b.p. Pentadbir Tanah
Besut
CAWANGAN KUALA TERENGGANU
Hak Cipta Pencetak
H