Malaysia legislation
Section 6
of Adalah diberitahu kepada orang ramai iaitu Pejabat Tanah Setiu akan menjual
Seksyen 6
Syarat-syarat melelong adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam
Peraturan 26, Peraturan Tanah Terengganu, 1966 seperti berikut:
(i)
Pentadbir Tanah berhak membatal atau menangguhkan jualan itu pada bila-bila masa sebelum diterima tawaran tinggi daripada penyambut-penyambut lelong.
(ii)
Penyambut yang tinggi sekali itulah yang menjadi pembeli, asalkan tawarannya itu sama dengan atau lebih tinggi daripada harga khas.
(iii)
Sebaik-baik sahaja tawarannya diterima maka hendaklah pembeli itu membayar cengkeram wang tunai kepada Pentadbir Tanah sebanyak dua puluh lima peratus (25%) daripada harga yang disambutnya bersekali dengan bayaran-bayaran tambahan yang tersebut di dalam perenggan 4
di atas dan sekiranya tidak disempurnakan sedemikian, tanah-tanah ini hendaklah dilelong semula dengan serta-merta.
(iv)
Wang pembelian itu hendaklah dijelaskan oleh pembeli sebelum berakhir urusan jual beli pada hari yang keseratus dua puluh (120) daripada hari jualan tanah yang dibelinya itu dan dengan yang demikian sepenuhnya seperti yang tersebut itu maka hilanglah wang cengkeramnya dapat kepada
Pihak Yang Berkuasa Negeri dan pembeli yang mungkir itu hilanglah segala sebab mungkirnya.
(v)
Surat-surat milik penyudah hendaklah didaftar dan dikeluarkan dengan seberapa segera selepas habis jualan itu. Jika tanah itu belum diukur oleh
Ketua Juruukur, maka hendaklah dikeluarkan Keterangan Hakmilik
Sementara.
(vi)
Hendaklah diberimilik dengan serta-merta selepas sahaja didaftarkan
Surat Keterangan Hakmilik Kekal atau Keterangan Hakmilik Sementara.