Malaysia legislation
Section 10
of *AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993
Seksyen 10
(a)
seorang Pengerusi;
(b)
seorang Timbalan Pengerusi;
(c)
Ketua Setiausaha Negara atau wakilnya;
(d)
Peguam Negara atau wakilnya;
(e)
Ketua Polis Negara atau wakilnya;
(f)
Mufti;
(g)
Dato Bandar Kuala Lumpur; dan
(h)
lima belas orang anggota lain, sekurang-kurangnya lima daripada mereka hendaklah yang arif dalam pengajian
Islam.
(2)
Pengerusi, Timbalan Pengerusi, dan anggota di bawah perenggan (1)(h) hendaklah orang Islam dan hendaklah dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Menteri bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh
Yang di-Pertuan Agong.
(3)
Seseorang anggota yang tempoh jawatannya telah habis boleh dilantik semula.
(4)
Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan yang disebutkan dalam perenggan (c), (d), (e) atau (g) bukan orang Islam,
Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Menteri hendaklah melantik seorang pegawai lain yang merupakan seorang Islam dan yang kanan selepasnya dari Jabatan atau Kementerian yang sama untuk menjadi anggota bagi menggantikan orang itu.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 505
(5)
Orang yang, sebaik sahaja sebelum berkuatkuasanya seksyen ini merupakan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, dan anggota-anggota yang dilantik bagi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan hendaklah, tertakluk pada Akta ini, masing-masingnya terus menjadi Pengerusi,
Timbalan Pengerusi, dan anggota Majlis sehingga habis tempoh pelantikan mereka sekarang.
Penamatan pelantikan