Malaysia legislation
Section 19
of *AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993
Seksyen 19
(2)
Pengerusi boleh pada bila-bila masa mengarahkan Setiausaha memanggil mesyuarat.
(3)
Mana-mana empat orang anggota Majlis boleh pada bila-bila masa secara bertulis menghendaki Setiausaha memanggil mesyuarat
Pentadbiran Undang-Undang Islam 23
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Majlis dengan syarat mereka memberitahu Setiausaha maksud yang baginya mereka menghendaki mesyuarat itu dipanggil.
(4)
Setiausaha hendaklah, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penerimaan arahan atau kehendak di bawah subseksyen (2)
atau (3), atau, jika Pengerusi mengarahkan sedemikian, memanggil mesyuarat sebaik sahaja dia menerima arahan atau kehendak itu.
(5)
Sekurang-kurangnya tujuh hari notis bertulis hendaklah diberikan mengenai mana-mana mesyuarat, tetapi Pengerusi boleh, jika dia berpendapat bahawa ada keperluan mendesak untuk memanggil suatu mesyuarat dengan notis yang lebih singkat, mengarahkan supaya kehendak notis tujuh hari itu diketepikan.
(6)
Notis mesyuarat boleh dihantar melalui pos kepada anggota dengan ditujukan ke alamat tempat tinggalnya yang terakhir diketahui dan hendaklah disifatkan telah disampaikan mengikut perjalanan biasa pos.
(7)
Tiada notis mesyuarat diperlukan dalam hal anggota yang sedang berada di luar Malaysia.
Kuasa Pengerusi