Malaysia legislation
Section 2
of *AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993
Seksyen 2
(a)
berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah-Perintah
Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran
Hukum Syarak) 1974, 1981 dan 1988 [P.U. (A) 44/1974,
390/1981, 163/1988, 263/1988] yang dibuat menurut subseksyen 6(4) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973
[Akta A206] dan berkuat kuasa di dalam Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur menurut kuasa subseksyen 6(1) Akta itu dan
Akta Pentadbiran Hukum Syarak (Pindaan) 1984 [Akta A576];
dan
(b)
berhubung dengan
Wilayah
Persekutuan
Labuan, sebagaimana yang diubahsuaikan dan diperluaskan melalui
Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian dan Perluasan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1985
[P.U. (A) 352/85] yang dibuat menurut seksyen 7 Akta
Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 [Akta A585];
Pentadbiran Undang-Undang Islam 11
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
“Hakim Syarie” atau “Hakim” ertinya Hakim-Hakim Mahkamah
Tinggi Syariah yang dilantik di bawah subseksyen 43(1) tetapi tidak termasuk Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik di bawah subseksyen 44(1);
“Hukum Syarak” ertinya Undang-Undang Islam mengikut mana-mana Mazhab yang diiktiraf;
“Imam” ertinya Imam yang dilantik di bawah subseksyen 76(3);
“Imam Ratib” ertinya Imam Ratib yang dilantik di bawah subseksyen 76(4);
“jawatankuasa kariah” ertinya jawatankuasa kariah yang ditubuhkan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 81;
“Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak” ertinya Jawatankuasa
Perundingan Hukum Syarak yang ditubuhkan di bawah subseksyen 37(1);
“kariah masjid”, berhubung dengan sesuatu masjid, ertinya kawasan yang sempadannya ditentukan di bawah seksyen 75 yang di dalamnya masjid itu terletak;
“Ketua Hakim Syarie” ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah subseksyen 41(1);
“Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama” dan “Pegawai Penguat
Kuasa Agama” ertinya pegawai yang dilantik sebagai yang demikian di bawah subseksyen 58(4);
“Ketua Pendakwa Syarie” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 58(1);
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang dikenali sebagai
Baitulmal yang ditubuhkan di bawah seksyen 60;
“Mahkamah” atau “Mahkamah Syariah” ertinya Mahkamah Rendah
Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, atau Mahkamah Rayuan Syariah,
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 505