Malaysia legislation
Section 37
of *AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993
Seksyen 37
(2)
Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada —
(a)
Mufti, sebagai Pengerusi;
(b)
Timbalan Mufti;
(c)
dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;
(d)
tidak kurang daripada dua orang, yang layak dan sesuai, yang dilantik oleh Majlis; dan
(e)
seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah-Wilayah
Persekutuan yang dilantik oleh Majlis, yang hendaklah menjadi Setiausaha.
(3)
Orang yang, sebaik sahaja sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini, telah dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Undang-Undang Ugama yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Enakmen hendaklah, tertakluk pada
Akta ini, disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota
Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dan hendaklah terus menjadi anggota sehingga habis tempoh pelantikan mereka sekarang.
(4)
Daripada orang yang disebut dalam subseksyen (3), dua orang yang merupakan anggota Majlis hendaklah disifatkan telah dinamakan di bawah perenggan (2)(c) dan yang lainnya hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah perenggan (d) subseksyen itu.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 505
(5)
Apabila Mufti bercadang hendak membuat fatwa di bawah seksyen 34 dia hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.
(6)
Sebelum Mufti membuat suatu fatwa, dia boleh menyebabkan kajian atau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja disediakan.
Permintaan pendapat daripada Mufti