Malaysia legislation
Section 41
of *AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993
Seksyen 41
(2)
Seseorang itu layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika —
(a)
dia seorang warganegara; dan
(b)
dia —
(i)
selama tidak kurang daripada sepuluh tahun sebelum pelantikannya, telah memegang jawatan Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah atau Kadi atau Pendaftar atau Pendakwa Syarie sesuatu Negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana yang lain pula; atau 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 505
(ii)
seorang yang arif tentang Hukum Syarak.
(3)
Orang yang, sebaik sahaja sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini, memegang jawatan Kadi Besar di bawah subseksyen 43(1)
Enakmen dan melaksanakan fungsi kehakiman hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, terus memegang jawatan sebagai
Ketua Hakim Syarie seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).
(4)
Pelantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam
Warta.
Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah