Malaysia legislation

Section 46

of *AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

Seksyen 46

Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah

(2)

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah—

(a)

dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen atau Akta Undang-Undang

Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

[Akta 303], atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap rukun agama Islam yang sedang berkuat kuasa, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya;

(b)

dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan—

(i)

pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan perhubungan di antara suami dan isteri;

(ii)

apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i);

(iii)

nafkah orang tanggungan, keesahan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak;

(iv)

pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;

(v)

wasiat atau alang semasa marad-al-maut seseorang si mati orang Islam;

Pentadbiran Undang-Undang Islam 35

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

(vi)

alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seseorang Islam;

(vii)

wakaf atau nazr;

(viii)

pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tidak berwasiat;

(ix)

penentuan orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati orang Islam atau bahagian yang kepadanya orang itu masing-masing berhak;

atau

(x)

perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah

Section 46 — ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993