Malaysia legislation
Section 50
of *AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993
Seksyen 50
Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubungan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati orang Islam, mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, selain
Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu Mahkamah Rendah Syariah, adalah mempunyai kewajipan untuk menentukan orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu, atau bahagian yang kepadanya orang itu masing-masingnya berhak, Mahkamah Syariah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari, atau wakilnya dan setelah dibayar olehnya fi yang ditetapkan, memperakukan fakta yang didapati olehnya dan pendapatnya mengenai orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu dan mengenai bahagian yang padanya mereka masing-masingnya berhak.
Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Tinggi