Malaysia legislation

Section 52

of *AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

Seksyen 52

(2)

Apabila suatu rayuan daripada suatu keputusan Mahkamah

Rendah Syariah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah,

Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan mana-mana pihak memberikan kebenaran bagi pemutusan olehnya sendiri apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan awam yang telah timbul dalam perjalanan rayuan itu dan yang keputusannya oleh Mahkamah

Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan itu.

(3)

Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan

Syariah, ia hendaklah mendengar dan memutuskan persoalan yang dibenarkan dirujukkan bagi keputusannya dan membuat apa-apa perintah yang boleh dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah, dan sebagaimana yang difikirkannya adil bagi pemberesan rayuan itu.

Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Rayuan

Syariah

Section 52 — ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993