Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

Seksyen 5

(2)

Majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadanannya.

(3)

Majlis boleh mengikat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala perihal harta alih dan tak alih, dan tertakluk pada mana-mana undang-undang bertulis yang menyentuhnya, boleh memindah hak, menyerah hak, menyerahkan dan memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah milik atau selainnya melupuskan, atau memperlakukan, mana-mana harta alih atau tak alih yang terletak hak pada Majlis atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Majlis dan mengikut Hukum Syarak.

(4)

Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.

(5)

Majlis hendaklah mempunyai apa-apa kuasa selanjutnya dan menjalankan apa-apa kewajipan yang diberikan kepadanya oleh Akta ini atau mana-mana Akta lain.

Jawatankuasa

Section 5 — ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993