Malaysia legislation

Section 65

of *AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

Seksyen 65

(2)

Jika disebabkan keluputan masa atau perubahan hal keadaan, maka tidak mungkin lagi dapat dijalankan secara berfaedah

Pentadbiran Undang-Undang Islam 47

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

peruntukan tepat bagi mana-mana wakaf atau nazr ‘am, Majlis hendaklah menyediakan suatu skim bagi menggunakan harta dan aset yang tersentuh olehnya dengan cara yang sehampir mungkin sama dengan yang dikehendaki oleh terma-terma wakaf atau nazr

‘am itu, dan hendaklah menggunakannya dengan sewajarnya:

Dengan syarat bahawa Majlis boleh, dengan kelulusan bertulis daripada Yang di-Pertuan Agong, mengarahkan supaya harta dan aset itu hendaklah ditambahkan kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.

(3)

Jika terma-terma mana-mana wakaf atau nazr ‘am tidak menyatakan cara penggunaan harta dan aset modal yang tersentuh olehnya, atau tidak ada ketentuan tentang cara bagaimana ia hendak digunakan, Majlis boleh mengarahkan supaya cara penggunaan harta dan aset modal itu ditambahkan kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.

(4)

Segala surat cara yang mewujudkan, yang menjadi keterangan, atau yang menyentuh mana-mana wakaf atau nazr ‘am, berserta dengan mana-mana dokumen hak milik atau cagaran lain yang berhubungan dengannya, hendaklah dipegang dan disimpan oleh

Majlis.

Pentafsiran surat cara

Section 65 — ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993