Malaysia legislation
Section 72
of *AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993
Seksyen 72
Walau apa pun apa-apa peruntukan yang bertentangan dalam mana-mana surat cara bertulis, Majlis hendaklah menjadi pemegang
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 505
amanah bagi semua masjid dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan; dan tiap-tiap masjid, bersama dengan tanah yang di atasnya terdiri masjid itu dan mana-mana tanah yang berhubungan dengan dan digunakan bagi maksud masjid itu, selain tanah Kerajaan atau tanah yang dirizab bagi maksud awam, hendaklah, sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang relevan yang berhubungan dengan tanah, dan tanpa apa-apa pemindahhakkan, penyerahhakkan, atau pemindahan hak milik, terletak hak pada Majlis bagi maksud Akta ini.