Malaysia legislation
Section 7
of *AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993
Seksyen 7
Kewajipan Majlis bagi kemajuan sosio-ekonomi orang Islam
(2)
Majlis hendaklah mempunyai kuasa, bagi maksud menunaikan kewajipannya di bawah subseksyen (1) —
(a)
untuk menjalankan segala kegiatan, yang tidak akan melibatkan apa-apa unsur yang tidak dibenarkan oleh agama Islam, khususnya memajukan perusahaan komersil dan perindustrian, yang perjalanannya ternyata kepada
Majlis adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan penunaian kewajipannya yang tersebut, termasuklah membuat, memasang, memproses, membungkus, menggred dan memasarkan produk;
(b)
untuk menggalakkan penjalanan apa-apa kegiatan sedemikian oleh badan atau orang lain, dan bagi maksud itu untuk menubuhkan atau memperkembangkan, atau menggalakkan penubuhan atau perkembangan, badan lain untuk menjalankan apa-apa kegiatan sedemikian sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa oleh Majlis atau secara bebas, dan untuk memberikan bantuan kepada badan atau orang lain yang ternyata kepada Majlis mempunyai kemudahan untuk menjalankan apa-apa kegiatan yang sedemikian, termasuklah pemberian bantuan kewangan dengan cara pinjaman atau selainnya;
(c)
untuk menjalankan apa-apa kegiatan sedemikian bersama dengan badan atau orang lain, termasuklah jabatan atau pihak berkuasa Kerajaan Persekutuan, atau sebagai ejen urusan atau selainnya bagi pihak Kerajaan Persekutuan;
(d)
untuk melabur dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan sebagaimana yang ditakrifkan oleh Akta Pemegang
Amanah 1949 [Akta 208], dan melupuskan pelaburan itu atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Majlis;
Pentadbiran Undang-Undang Islam 17
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
(e)
tertakluk pada kelulusan Menteri Kewangan, untuk menubuhkan apa-apa skim bagi pemberian pinjaman daripada Kumpulan Wang kepada individu Muslim bagi pengajian tinggi;
(f)
untuk menubuhkan dan menyenggarakan sekolah Islam dan institusi latihan dan penyelidikan Islam; dan
(g)
untuk melakukan segala perbuatan yang difikirkan oleh
Majlis dikehendaki atau suai manfaat.
Kuasa untuk menubuhkan perbadanan