Malaysia legislation

Section 84

of *AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

Seksyen 84

(2)

Maka hendaklah disifatkan sebagai satu terma tiap-tiap surat kebenaran itu bahawa penerima kebenaran itu dan tiap-tiap orang lain yang dibenarkan melaluinya untuk memungut wang atau sumbangan lain hendaklah—

(a)

mengeluarkan berkenaan dengan tiap-tiap jumlah wang yang dipungut sedemikian suatu resit mengikut nombor siri dalam borang yang ditetapkan;

(b)

menyimpan akaun yang benar dan lengkap bagi semua jumlah wang yang dipungut sedemikian dan tentang pelupusannya dengan semua baucar yang sepatutnya;

(c)

mengemukakan apabila dituntut keratan resit dan semua akaun dan baucar itu bagi pemeriksaan dan pengauditan oleh Majlis;

(d)

menggunakan dan melupuskan semua jumlah wang yang dipungut mengikut terma surat kebenaran itu atau, jika tiada kaedah pelupusannya yang dibenarkan dengan

Pentadbiran Undang-Undang Islam 55

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

nyatanya, membayar dan mengakaunkan bagi yang demikian itu kepada Baitulmal.

(3)

Wang yang dipungut menurut seksyen ini bolehlah digunakan bagi apa-apa maksud yang dinyatakan oleh Majlis, dan jika tiada maksud dinyatakan sedemikian, hendaklah menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.

(4)

Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil apa-apa pungutan wang bagi apa-apa maksud seperti yang disebutkan terdahulu itu kecuali dengan kuasa nyata daripada Majlis atau menurut kuasa surat kebenaran di bawah subseksyen (1).

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.

Section 84 — ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993