Malaysia legislation

Section 89

of *AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

Seksyen 89

Pendaftaran muallaf

(2)

Jika Pendaftar berpuas hati bahawa kehendak seksyen 85 telah dipenuhi berkenaan dengan orang itu, Pendaftar boleh mendaftarkan kemasukan Islam orang itu dengan mencatatkan dalam Daftar Muallaf nama orang itu dan butir-butir lain sebagaimana yang dikehendaki dalam Daftar.

Pentadbiran Undang-Undang Islam 57

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

(3)

Pendaftar hendaklah juga menentukan tarikh masuk Islam dan mencatatkan tarikh itu dalam Daftar Muallaf.

(4)

Untuk memuaskan hatinya akan hal dan tarikh masuk Islam, dan butir-butir lain yang hendak dicatatkan dalam Daftar Muallaf,

Pendaftar boleh membuat siasatan dan memanggil apa-apa keterangan sebagaimana yang dia fikirkan perlu, tetapi subseksyen ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menghalang Pendaftar daripada hanya bergantung kepada kata pemohon bagi kemasukan Islam itu setakat yang berkenaan dengan hal dan tarikh masuk Islam itu.

(5)

Jika Pendaftar tidak berpuas hati bahawa kehendak seksyen 85

telah dipenuhi berkenaan dengan pemohon bagi kemasukan Islam, dia boleh membenarkan pemohon itu mengucap, di hadapannya atau mana-mana pegawainya, dua kalimah Syahadah mengikut kehendak seksyen itu.

Perakuan Masuk Islam

Section 89 — ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993