Malaysia legislation
Section 92
of *AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993
Seksyen 92
Jika apa-apa soalan timbul dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan sama ada seseorang itu ialah seorang muallaf, dan orang itu tidak didaftarkan dalam Daftar Muallaf atau di bawah mana-mana undang-undang mana-mana Negeri sebagai seorang muallaf, soalan itu hendaklah diputuskan berdasarkan kepada merit kes itu mengikut seksyen 85.