Malaysia legislation

Section 99

of *AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

Seksyen 99

Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis, membuat kaedah-kaedah, yang hendaklah disiarkan dalam Warta, bagi melaksanakan peruntukan Akta ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan kelulusan yang terdahulu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan bagi—

(a)

tatacara Majlis, bentuk dan cara penyempurnaan surat cara oleh Majlis, dan pelantikan pegawai bawahan Majlis;

(b)

fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut

Akta ini, dan cara memungut dan melupuskan fi itu;

(c)

pelantikan jawatankuasa Majlis dan kuasa, kewajipan dan tatacaranya;

(d)

borang, daftar, buku akaun, laporan, akaun, anggaran, dan dokumen lain yang hendak digunakan berkenaan dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut Akta ini;

Pentadbiran Undang-Undang Islam 61

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

(e)

pengelolaan mana-mana pungutan khairat dan pelupusan hasilnya;

(f)

pengelolaan mana-mana masjid atau surau atau tanah perkuburan dan semua perkara yang berhubungan dengannya;

(g)

kuasa dan tugas Pegawai Masjid;

(h)

penentuan dan penyiaran sempadan kariah Masjid;

(i)

jagaan dan pengajaran bagi muallaf, dan cara mendaftarkan muallaf;

(j)

pentadbiran sekolah Islam dan aktiviti yang berhubungan dengan pengajaran agama.

Kecualian kaedah-kaedah dan pelantikan

Section 99 — ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993