Malaysia legislation
Section 11
of Akta 627
Seksyen 11
(2)
Semasa menanti beresnya apa-apa prosiding jenayah dalam mana-mana mahkamah bagi kesalahan yang disebut dalam perenggan 9(1)(b) atau (c) terhadap seseorang pengarah atau ketua pegawai eksekutif seseorang pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, pengarah atau ketua pegawai eksekutif itu tidak boleh bertindak atas sifat itu, atau memegang apa-apa jawatan lain, atau bertindak atas apa-apa sifat lain, dalam mana-mana sistem pembayaran atau dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, terlibat dengan apa-apa perniagaan atau hal ehwal mana-mana sistem pembayaran melainkan jika dibenarkan secara bertulis oleh Bank sehingga apa-apa takat dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Bank.
(3)
Bagi maksud subseksyen (2), prosiding jenayah hendaklah disifatkan sebagai belum beres dari tarikh orang tertuduh itu pada mulanya didakwa di mahkamah bagi kesalahan itu sehingga tarikh keputusan muktamad prosiding itu, sama ada di mahkamah berbidang kuasa asal atau, jika ada rayuan oleh mana-mana pihak, dalam suatu mahkamah berbidang kuasa rayuan muktamad.
Kesan kehilangan kelayakan