Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA AGENCY PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA 2004

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Agensi” ertinya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“agensi yang berkaitan” ertinya badan atau agensi yang pada masa ini bertanggungjawab di Malaysia bagi penguatkuasaan mana-mana undang-undang persekutuan yang terpakai di Zon Maritim Malaysia;

“kesalahan” ertinya mana-mana kesalahan di bawah mana-mana undang-undang persekutuan yang terpakai di Zon Maritim Malaysia;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Penguatkuasaan Maritim

Malaysia yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);

“laut wilayah” ertinya perairan wilayah Malaysia sebagaimana yang ditentukan mengikut Ordinan No. 7 (Kuasa-Kuasa Perlu)

Darurat, 1969 [P.U. (A) 307A/1969];

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penguatkuasaan maritim Malaysia;

“pegawai agensi” termasuklah Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 5(1);

“pelantar benua” ertinya pelantar benua Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Pelantar Benua 1966

[Akta 83];

“perairan pedalaman” ertinya mana-mana kawasan laut yang terletak di sebelah bahagian darat garis dasar yang darinya lebar laut wilayah Malaysia diukur;

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

7

“perairan perikanan Malaysia” ertinya perairan perikanan Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Perikanan 1985 [Akta 317];

“zon ekonomi eksklusif” ertinya zon ekonomi eksklusif Malaysia sebagaimana yang ditentukan mengikut Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 [Akta 311];

“Zon Maritim Malaysia” ertinya perairan pedalaman, laut wilayah, pelantar benua, zon ekonomi eksklusif dan perairan perikanan

Malaysia dan termasuk ruang udara di atas Zon itu.

Section 2 — AKTA AGENCY PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA 2004