Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pindaan seksyen 7
Seksyen 7 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “sebagaimana yang diperuntukkan di bawah”
perkataan “Akta Polis 1967 [Akta 344],”;
(b)
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perenggan (e)
dengan perenggan yang berikut:
“(e) seseorang pegawai Agensi yang berpangkat lebih rendah daripada pangkat seorang Penolong
Pegawai, apabila membawa dan menjaga orang dalam tahanan Agensi, hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Koperal dan lebih rendah dan seorang pegawai penjara yang berpangkat Sarjan dan lebih rendah di bawah
Akta Penjara 1995 [Akta 537].”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Bagi maksud Akta ini—
(a)
jika sesuatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai penjaga Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seorang pegawai kanan Agensi, Penyiasat atau
Penolong Kanan Pegawai dan bagi maksud itu, tempat perintah, perakuan atau perbuatan yang diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai Daerah Polis di bawah jagaannya;
(b)
seseorang pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai balai polis; dan
Agensi Antidadah Kebangsaan (Pindaan)
(c)
seseorang pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara
Jenayah [Akta 593] dan Akta Pendaftaran
Penjenayah dan Orang-Orang Yang Tidak
Diingini 1969 [Akta 7], dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangannya, tetapi sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan
Kanun Tatacara Jenayah, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi peruntukan Kanun itu.”.