Malaysia legislation

Section 25

of *AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010

Seksyen 25

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

(2)

Sebelum akhir September setiap tahun, Agensi hendaklah mengemukakan kepada

Perdana

Menteri suatu anggaran perbelanjaan, termasuklah—

(a)

belanjawan dan perbelanjaan yang dirancangkan untuk

Kumpulan Wang Operasi dan Kumpulan Wang Inovasi;

(b)

aktiviti dan projek yang dicadangkan untuk dilaksanakan;

dan

(c)

petunjuk prestasi utama bagi aktiviti dan projek yang dicadangkan untuk dilaksanakan, yang dengan merujuk kepadanya kemajuan, prestasi atau kedudukan

Agensi dapat diukur secara berkesan.

(3)

Perdana Menteri hendaklah, sebelum awal tahun yang berikutnya, memberitahu Agensi mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).

(4)

Agensi boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada

Perdana Menteri suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun dan Perdana Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalam anggaran tambahan itu.

(5)

Perdana

Menteri boleh mengarahkan

Agensi supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.

Tahun kewangan

Section 25 — AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 | mylaw.my