Malaysia legislation

Section 31

of *AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010

Seksyen 31

(2)

Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) sebagai Duta

Inovasi hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaun oleh Agensi sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi.

(3)

Duta Inovasi hendaklah berada di bawah kawalan am, dan hendaklah membuat laporan kepada, Agensi.

(4)

Bagi maksud subseksyen (1), Duta Inovasi hendaklah ditempatkan di Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan itu.

(5)

Terma dan syarat penempatan dan perkara yang hendak dinasihati oleh Duta Inovasi hendaklah dipersetujui oleh Agensi dan

Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan

Kerajaan Persekutuan yang berkenaan.

(6)

Duta Inovasi hendaklah membentangkan suatu laporan kepada

Majlis berkenaan dengan penempatannya di Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan.

(7)

Jika seseorang Duta Inovasi dilantik di bawah subseksyen (1),

Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan

Kerajaan Persekutuan hendaklah bekerjasama dengan Duta Inovasi itu.

Kuasa untuk mengambil khidmat ejen, dsb.

Section 31 — AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 | mylaw.my