Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010

Seksyen 37

(2)

Pengendorsan di bawah seksyen ini hendaklah selama tempoh maksimum dua tahun.

(3)

Agensi hendaklah menyebabkan supaya suatu senarai semua produk atau perkhidmatan inovatif yang diendors di bawah subseksyen (1) disiarkan dalam laman sesawang rasminya.

(4)

Agensi boleh, pada bila-bila masa sebelum habisnya tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), membatalkan pengendorsan di bawah seksyen ini jika produk atau perkhidmatan inovatif itu tidak lagi memenuhi kriteria bagi pengendorsan yang ditentukan oleh

Agensi di bawah subseksyen (1).

(5)

Pemilik produk atau perkhidmatan itu tidak mempunyai hak untuk membuat representasi berkenaan dengan pembatalan sedemikian.

(6)

Tiada pengendorsan di bawah seksyen ini boleh, dengan sendirinya, memberikan hak kepada pemilik produk atau perkhidmatan itu kepada—

(a)

apa-apa jangkaan terhadap apa-apa manfaat perniagaan;

atau

(b)

apa-apa layanan istimewa di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(7)

Agensi tidak bertanggungan sama sekali atas apa-apa kerugian yang ditanggung oleh sebab pembatalan pengendorsan di bawah seksyen ini, dan tiada kausa tindakan boleh dibangkitkan terhadap

Agensi atau Kerajaan berkenaan dengan pembatalan itu.

(8)

Semua Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan hendaklah mempertimbangkan produk atau perkhidmatan inovatif itu semasa membuat aktiviti perolehan mereka.

Agensi Inovasi Malaysia 31

Section 37 — AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 | mylaw.my