Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Agensi” ertinya Agensi Inovasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
“Duta Inovasi” ertinya Duta Inovasi yang dilantik di bawah seksyen 31;
“harta intelek” termasuklah hak cipta, paten, cap dagangan, reka bentuk susun atur litar bersepadu, petunjuk geografi dan reka bentuk industri sama ada didaftarkan atau tidak dan dinyatakan dengan jelas atau disimpan dalam apa-apa bentuk sekalipun;
“inovasi” ertinya apa-apa idea atau pengetahuan dalam apa-apa bentuk yang menyebabkan perubahan dalam bentuk produk, perkhidmatan atau proses yang menghasilkan impak positif kepada ekonomi, perniagaan, sistem penyampaian perkhidmatan awam, kesejahteraan sosial atau alam sekitar;
“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis
Tadbir Urus di bawah seksyen 16;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 19;
“khazanah pusat harta intelek negara” ertinya khazanah yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;
“Majlis” ertinya Majlis Tadbir Urus yang ditubuhkan di bawah seksyen 7.
Agensi Inovasi Malaysia 9