Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
Semua perbuatan yang dilakukan bagi pihak Agensi sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan Akta ini diperbuat dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya, hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan yang dilakukan itu adalah selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan semua hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung akibat pelakuan perbuatan itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, disifatkan sebagai hak dan obligasi Agensi.