Malaysia legislation
Section 101
Seksyen 101
Mana-mana orang—
(a)
yang gagal untuk mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, yang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa di bawah Akta ini; atau
(b)
yang menghalang atau enggan membenarkan seseorang pegawai diberi kuasa di bawah Akta ini untuk—
(i)
memasuki mana-mana kawasan termasuk bangunan atau struktur di atasnya yang dipunyai atau digunakan, sama ada secara tetap atau selainnya, atau sama ada atau tidak didaftarkan bagi kegunaan, oleh pemberi pendidikan tinggi;
(ii)
memeriksa apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, yang difikirkannya perlu;
72
Undang-Undang Malaysia
Akta 679
(iii)
mengalihkan dan menahan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik yang, pada pendapatnya, boleh memberikan keterangan tentang perlakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau
(iv)
menghendaki mana-mana orang, yang merupakan anggota majlis, ketua pegawai eksekutif, pegawai atau pekerja pemberi pendidikan tinggi, untuk mengemukakan bagi pemeriksaannya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, yang berada dalam milikan atau jagaan orang itu atau di bawah kawalannya atau dalam kuasanya untuk memberikan yang berhubungan dengan pengurusan pemberi pendidikan tinggi atau yang berhubungan dengan program yang dijalankan oleh pemberi pendidikan tinggi itu;
(c)
yang disaman di bawah seksyen 87 dan tanpa alasan yang munasabah gagal untuk hadir pada masa dan di tempat yang disebut dalam saman itu, atau yang, setelah hadir, enggan menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya dengan sah menurut undang-undang;
(d)
yang gagal untuk mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, yang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 88; atau
(e)
yang menghalang atau menggalang seseorang pegawai diberi kuasa semasa menjalankan mana-mana kuasanya di bawah seksyen 86, 87, 88 atau 89, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Agensi Kelayakan Malaysia 73