Malaysia legislation
Section 104
Seksyen 104
Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau persatuan—
(a)
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang merupakan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu pada masa pelakuan kesalahan itu;
(b)
dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu pada masa pelakuan kesalahan itu; atau
(c)
dalam hal suatu persatuan, tiap-tiap pemegang jawatan persatuan itu pada masa pelakuan kesalahan itu, boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan, perkongsian atau persatuan itu dan hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
74
Undang-Undang Malaysia
Akta 679
Pengkompaunan kesalahan