Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
Pembatalan akreditasi sementara
(2)
Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan perakuan akreditasi sementara hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu.
(3)
Pemberi pendidikan tinggi hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis dalam subseksyen (2).
(4)
Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat, Agensi hendaklah—
(a)
mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati, dalam masa yang ditentukan;
atau
(b)
meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan perakuan akreditasi sementara itu.
36
Undang-Undang Malaysia
Akta 679
(5)
Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a),
Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan perakuan akreditasi sementara.
(6)
Pembatalan perakuan akreditasi sementara tidaklah menghalang pemberi pendidikan tinggi daripada mengemukakan permohonan baru.
(7)
Jika perakuan akreditasi sementara dibatalkan di bawah seksyen ini, Agensi hendaklah memberikan notis kepada pihak berkuasa atau badan profesional yang berkenaan memberitahu tentang pembatalan itu termasuk apa-apa syor yang perlu.
Akreditasi sementara bagi program profesional atau kelayakan profesional