Malaysia legislation
Section 55
Seksyen 55
Pembatalan akreditasi
(a)
jika pemberi pendidikan tinggi itu gagal untuk mematuhi
Kerangka atau mana-mana bahagiannya; atau
(b)
jika pemberi pendidikan tinggi itu melanggar mana-mana syarat yang kerananya akreditasi diluluskan.
(2)
Suatu notis bertulis mengenai niat untuk menarik balik kelulusan dan untuk membatalkan perakuan akreditasi di bawah subseksyen (1) hendaklah diserahkan oleh Agensi, atas arahan badan profesional yang berkenaan, kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi penarikan balik dan pembatalan itu.
(3)
Pemberi pendidikan tinggi hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2).
(4)
Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, badan profesional yang berkenaan atas syor Jawatankuasa Teknikal Bersama hendaklah—
(a)
mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga badan profesional yang berkenaan berpuas hati dalam masa yang ditentukan; atau
(b)
meneruskan dengan cadangan tindakan untuk menarik balik kelulusan akreditasi itu.
(5)
Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a),
Agensi boleh, atas keputusan badan profesional yang berkenaan, meneruskan untuk membatalkan perakuan akreditasi itu.
44
Undang-Undang Malaysia
Akta 679
(6)
Jika perakuan akreditasi telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.