Malaysia legislation
Section 65
Seksyen 65
(a)
program atau kelayakan latihan kemahiran, yang mematuhi
Kerangka, yang membawa kepada penganugerahan—
(i)
diploma, diploma lanjutan atau ijazah selain
Diploma Kemahiran Malaysia atau Diploma
Lanjutan Kemahiran Malaysia di bawah Akta
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006
[Akta 652]; atau
(ii)
sijil selain Sijil Kemahiran Malaysia di bawah Akta
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006; atau
(b)
program atau kelayakan latihan kemahiran luar negeri yang mematuhi Kerangka, hendaklah dibuat kepada Agensi dalam tempoh yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi sementara mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi yang ditetapkan.
(3)
Bentuk, cara, dokumen dan fi yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara program dan kelayakan yang berlainan.
(4)
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan bagi akreditasi dan sebelum memutuskannya, Agensi boleh melalui notis bertulis menghendaki supaya pemberi pendidikan tinggi itu memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditetapkan.
Agensi Kelayakan Malaysia 51
(5)
Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemberi pendidikan tinggi dalam tempoh yang dinyatakan itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan hak pemberi pendidikan tinggi itu untuk mengemukakan permohonan baru.
Kuasa untuk membenarkan atau menolak akreditasi