Malaysia legislation

Section 69

of AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007

Seksyen 69

Pembatalan akreditasi

(a)

jika pemberi pendidikan tinggi itu gagal untuk mematuhi

Kerangka atau mana-mana bahagiannya; atau

(b)

jika pemberi pendidikan tinggi itu melanggar mana-mana syarat yang dilampirkan pada perakuan itu.

Agensi Kelayakan Malaysia 53

(2)

Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan perakuan akreditasi hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu.

(3)

Pemberi pendidikan tinggi itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2).

(4)

Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi hendaklah—

(a)

mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati dalam masa yang ditentukan;

atau

(b)

meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan perakuan akreditasi itu.

(5)

Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a),

Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan perakuan akreditasi.

(6)

Jika perakuan akreditasi telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Mendaftarkan program dan kelayakan latihan kemahiran yang diakredit

Section 69 — AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007 | mylaw.my