Malaysia legislation

Section 7

of AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007

Seksyen 7

(2)

Kuasa Agensi hendaklah termasuk kuasa—

(a)

untuk membuat kontrak;

(b)

untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan harta tak alih;

(c)

untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat urusan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih dan apa-apa kepentingan dalam apa-apa harta alih atau tak alih, yang terletak hak pada Agensi;

(d)

untuk mengusahakan, menyelaraskan atau mentauliahkan mana-mana orang untuk mengusahakan atau menyelaraskan aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan dan pembangunan dalam perkara yang berhubungan dengan jaminan kualiti;

(e)

untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain sebagaimana yang disifatkannya patut bagi perkhidmatannya yang berhubungan dengan peperiksaan, penaksiran, audit, penyeliaan, akreditasi sementara, akreditasi, penilaian, atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh

Agensi;

(f)

untuk memungut atau menerima wang bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Agensi;

(g)

untuk membuat rundingan, perjanjian atau perkiraan sebagaimana yang disifatkannya patut bagi menunaikan fungsinya;

(h)

untuk melantik pegawai, ejen, pekhidmat dan perunding bagi perkhidmatan tetap, sementara atau khas sebagaimana yang difikirkannya patut dan munasabah dari semasa ke semasa dan menentukan kewajipan, kuasa dan terma perkhidmatan mereka; dan

(i)

untuk melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini.

Agensi Kelayakan Malaysia 19

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasa Agensi, dan fungsi dan kuasa yang dilaksanakan dan dijalankan itu hendaklah atas nama Agensi.

Arahan oleh Menteri

Section 7 — AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007 | mylaw.my