Malaysia legislation

Section 9

of AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007

Seksyen 9

(a)

menerima laporan dan syor audit institusi mengenai permohonan yang dibuat untuk akreditasi sementara di bawah Bahagian VII atau akreditasi program atau kelayakan di bawah Bahagian VIII daripada jawatankuasa audit institusi yang ditubuhkan di bawah seksyen 80;

(b)

menilai dan menganalisis laporan akreditasi sementara atau laporan akreditasi program atau kelayakan; dan

(c)

memberikan, menolak atau membatalkan akreditasi sementara atau akreditasi program atau kelayakan.

(2)

Agensi boleh memilih mana-mana orang yang disifatkan layak dan sesuai oleh Agensi untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.

(3)

Agensi boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.

(4)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya.

20

Undang-Undang Malaysia

Akta 679

(5)

Agensi boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota suatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

(6)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.

(7)

Agensi boleh, pada bila-bila masa, tidak meneruskan penubuhan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

(8)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

(9)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Agensi.

(10)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(11)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihati jawatankuasa itu mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

(12)

Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (11) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain daripada Kumpulan Wang sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi selepas berunding dengan Menteri.

(13)

Seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa program atau kelayakan profesional yang disebut dalam Bab 2 Bahagian VIII.

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

Section 9 — AKTA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2007 | mylaw.my