Malaysia legislation
Section 2
of AKTA AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (PINDAAN) 2018
Seksyen 2
Seksyen baharu 5a, 5b, 5c dan 5d
[Akta 633], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 5 seksyen yang berikut:
“Penubuhan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia 5a. Suatu badan yang dikenali sebagai Pasukan Sukarelawan
Maritim Malaysia ditubuhkan.
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1561
Anggota Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia 5b. (1) Mana-mana orang boleh memohon untuk menjadi anggota Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia jika—
(a)
dia berumur lapan belas tahun atau lebih;
(b)
dia seorang warganegara Malaysia;
(c)
dia mempunyai kelayakan yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah; dan
(d)
dia memenuhi kehendak lain yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
(2)
Suatu permohonan untuk menjadi anggota Pasukan
Sukarelawan Maritim Malaysia hendaklah dibuat dalam borang dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Ketua Pengarah boleh meluluskan atau menolak mana-mana orang menjadi anggota Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia.
(4)
Ketua Pengarah boleh memanggil mana-mana anggota
Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia untuk melaksanakan secara sukarela apa-apa tugas yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah.
(5)
Seseorang anggota Pasukan Sukarelawan Maritim
Malaysia adalah tertakluk kepada arahan, perintah dan kawalan Ketua Pengarah semasa melaksanakan apa-apa tugas di bawah subseksyen (4).
(6)
Seseorang anggota Pasukan Sukarelawan Maritim
Malaysia—
(a)
boleh dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri
Kewangan; dan
(b)
tidak berhak kepada apa-apa saraan.
(7)
Seseorang anggota Pasukan Sukarelawan Maritim
Malaysia semasa melaksanakan apa-apa tugas di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pindaan)
5
Penubuhan Pasukan Kadet Maritim Malaysia 5c. Menteri boleh menubuhkan suatu badan yang dikenali sebagai Pasukan Kadet Maritim Malaysia bagi mana-mana kawasan di Malaysia.
Pendaftaran ke dalam Pasukan Kadet Maritim Malaysia 5d. (1) Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan ke dalam Pasukan Kadet Maritim Malaysia jika—
(a)
tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], dia seorang murid yang menjalani pelajaran sepenuh masa di mana-mana sekolah menengah yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelajaran; atau
(b)
dia seorang pelajar—
(i)
yang berdaftar dan mengikuti bidang pengajian atau latihan sama ada sepenuh masa atau separuh masa di mana-mana institusi pengajian atau latihan yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi institusi pengajian atau latihan itu;
(ii)
yang merupakan warganegara Malaysia; dan
(iii)
yang berumur di bawah tiga puluh tahun.
(2)
Suatu permohonan untuk didaftarkan ke dalam Pasukan
Kadet Maritim Malaysia hendaklah dibuat dalam borang dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Ketua Pengarah boleh mendaftarkan atau enggan untuk mendaftarkan mana-mana orang ke dalam Pasukan Kadet
Maritim Malaysia.
(4)
Mana-mana orang yang telah didaftarkan ke dalam
Pasukan Kadet Maritim Malaysia tidak berhak kepada apa-apa elaun atau saraan.”.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1561
Seksyen baharu 7a