Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah secara am untuk melaksanakan peruntukan Akta ini dan kaedah-kaedah itu boleh—
(a)
menetapkan fi atau caj yang perlu bagi maksud Akta ini;
(b)
membuat peruntukan mengenai maklumat dan suratan yang akan diberikan bagi maksud permohonan lesen atau surat kelulusan;
(c)
membuat peruntukan mengenai pengambilan dan perekodan fotograf orang yang memohon lesen atau surat kelulusan;
(d)
menetapkan jumlah dan jenis deposit yang akan disimpan dengan Akauntan Negara di bawah seksyen 3;
(e)
menetapkan bentuk lesen yang akan dikeluarkan di bawah seksyen 3 dan bentuk kertas pengenalan di bawah seksyen 7;
(f)
membuat peruntukan mengenai hal meluluskan uniform, lencana atau lambang yang akan dipakai oleh seseorang pekerja sesuatu agensi persendirian berlesen;
(g)
menetapkan daftar pekerja yang akan disenggarakan oleh sesuatu agensi persendirian berlesen dan membuat peruntukan mengenai pemeriksaannya;