Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“agensi persendirian” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan agensi persendirian sebagaimana yang ditakrifkan di bawah;
“agensi persendirian berlesen” ertinya agensi persendirian yang lesen bagi perniagaannya telah dikeluarkan di bawah seksyen 3;
“agensi persendirian tidak berlesen” ertinya agensi persendirian yang lesen bagi perniagaannya tidak dikeluarkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri; dan, jika Menteri telah mewakilkan mana-mana atau semua kuasa dan kewajipannya di bawah seksyen 17, ungkapan “Menteri” itu termasuklah, setakat yang kuasa dan kewajipan itu telah diwakilkan, seseorang yang telah diwakilkan dengan kuasa atau kewajipan itu;