Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan agensi persendirian kecuali menurut dan mengikut suatu lesen yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Menteri dan melainkan jika suatu deposit mengenai perniagaan itu telah dibayar mengikut sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah subseksyen
(3)
.
(2)
Seseorang yang hendak menjalankan perniagaan agensi persendirian hendaklah memohon kepada Menteri untuk mendapatkan suatu lesen dan, tertakluk kepada peruntukan subseksyen yang berikut, Menteri boleh mengeluarkan lesen itu atau enggan mengeluarkannya; dan apabila mengeluarkan lesen itu atau membaharuinya di bawah subseksyen (4) Menteri boleh mengenakan syarat ke atas lesen itu sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
(3)
Tiada lesen boleh dikeluarkan di bawah Akta ini atau jika dikeluarkan, tiada perniagaan agensi persendirian boleh dijalankan, melainkan jika suatu deposit sebanyak dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri telah dibayar, disimpan dan terus disimpan dengan Akauntan Negara.
(4)
Menjadi suatu syarat bahawa sebelum sesuatu lesen dikeluarkan di bawah seksyen ini pemohon hendaklah membayar bayaran yang ditetapkan oleh Menteri dan lesen itu hendaklah habis tempohnya tidak lewat daripada akhir tahun kalendar yang dalamnya lesen itu bermula, tetapi boleh dibaharui tiap-tiap tahun dengan membayar bayaran yang tersebut di atas itu.