Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Jika pada pendapat Menteri sesuatu agensi persendirian berlesen menjalankan perniagaannya atau mengambil bahagian dalam aktiviti atau perniagaannya digunakan bagi sesuatu maksud yang memudaratkan keamanan, kebajikan dan ketenteraman dalam
Persekutuan, atau melanggar Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, tertakluk kepada subseksyen (4)
Menteri boleh membatalkan atau mengkensel atau menggantung lesen yang dikeluarkan kepada agensi persendirian berlesen itu.
(2)
Jika pembatalan, pengkenselan atau penggantungan sesuatu lesen di bawah seksyen ini dibuat oleh seseorang yang telah diwakilkan oleh Menteri di bawah seksyen ini dengan kuasanya menurut seksyen 17, sesuatu agensi persendirian berlesen yang tidak puas hati dengan pembatalan, pengkenselan atau penggantungan lesennya itu boleh merayu kepada Menteri dalam masa 14 hari selepas pembatalan, pengkenselan atau penggantungan itu.
(3)
Keputusan
Menteri membatalkan, mengkensel atau menggantung lesen di bawah subseksyen (1) atau keputusan yang dibuat atas sesuatu rayuan di bawah subseksyen (2) muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
(4)
Sebelum membatalkan, mengkensel atau menggantung sesuatu lesen, Menteri hendaklah memberikan peluang kepada agensi persendirian berlesen yang berkenaan itu untuk menunjukkan sebab mengapa lesen itu tidak patut dibatalkan, dikensel atau digantung, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(5)
Jika lesen sesuatu agensi persendirian dibatalkan, dikensel atau digantung di bawah subseksyen ini, deposit yang disimpan di bawah subseksyen 3(3) hendaklah dilucuthakkan oleh Kerajaan dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Senarai hendaklah disiarkan