Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Kertas pengenalan
(1)
Tiap-tiap agensi persendirian berlesen hendaklah mengadakan dan mengeluarkan kertas pengenalan kepada pekerjanya mengikut bentuk dan mengandungi butir-butir yang ditetapkan oleh Menteri.
(2)
Tiap-tiap pekerja sesuatu agensi persendirian berlesen hendaklah sentiasa membawa kertas pengenalan dan menunjukkannya untuk diperiksa apabila dikehendaki oleh seseorang pegawai polis dan hendaklah menyerahkan kertas pengenalan itu kepada agensi persendirian berlesen, itu apabila berhenti bekerja.
Kuasa pegawai polis untuk memeriksa